Tuesday, April 28, 2015

#thinkingtyping*
Satu hari terdetik di hati Aisyah untuk mengadakan usrah kecil bersama - sama teman lain.Dia merasakan ada sesuatu yang kurang di sini.Sudah lama sebenarnya hajat untuk buat usrah.Ini sahaja cara terbaik untuk makin dekat dengan teman-teman di sini.Mengimbas kembali saat pertama kali menjejak kaki di tanah milik Allah ini semua mata tertumpu padanya.Dengan pandangan cukup pelik.Bayangkan mata ibarat mata ikan buntal.Mulut pula ternganga bagai jatuh rahang.Silapnya di mana.Ya!Cara Aisyah berpakaian.Bertudung labuh walau tak labuh mana sekadar labuh sedikit daripada mereka di sini.Dihulurkan salam tanda awal perkenalan sambil berhajat memeluk erat tapi mereka semua menolak.Awal - awal sudah diberi warning "jangan peluk!geli!"siap buat memek muka macam orang tertelan biji nangka.Ini baru bab salam berjabat tangan sambil mendakap erat dengan pelukan.Dalam kurungan sesama mahram.Ini pun dah dianggap pelik yang amat.Kalau dilihat dengan guru pun mereka tidak biasa bersalaman apa lagi salam sambil cium tangan.Jangan harap lah.Sudahlah setiap hari dihadap dengan hidangan hiburan semata.Jauh benar dari Tuhan.Majlis majlis semuanya nyanyi saja.Kalau dikirakan yang mahir solat bisa dibilang sama jari.Aisyah masih duduk pegun merenung jauh masa depan di sini.Mengharap usaha yang dibaja sedikit ini menjadi hasil yang lebat.Sungguh jauh beza di sini dan di sana.Ayuh sama bantu Aisyah!

No comments:

Post a Comment